Kenapa gua tetap memilih untuk meneruskan semua ini walaupun gua tahu adakalanya gua cuma menyeksa diri sendiri? Kenapa gua tetap bertahan dan bertahan sedangkan jiwa gua makin tenat, makin lesu? Kenapa gua masih juga berada di sini setelah gua sendiri dah tahu tak ada yang akan berlaku, tak ada apa yang akan berubah di sini...?
“Fariz, Fariz belajar rajin-rajin, ya? Fariz jangan nakal-nakal sangat. Nurul nak tengok Fariz jadi budak baik, budak pandai. Nurul nak kita sama-sama berjaya masuk universiti, sama-sama pakai jubah dan topi macam orang lain yang dah berjaya tu. Bolehkan, Fariz? Kalau Nurul boleh masuk universiti, Nurul nak Farizpun sama-sama ikut Nurul belajar kat sana. Macam tu baru kita takkan terpisah. Kita sama-sama dewasa, sama-sama berjaya. Tentu seronok kan nanti masa tu? Kan Fariz?”
Mimpi yang indah, yang tinggi. Fariz cuma tersenyum, mengangguk. Sesungguhnya dia tak pernah menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap masa depannya sendiri tapi dia percaya dunia yang indah pasti akan menanti untuk menyinari hidup gadis itu suatu hari nanti. Dia hanya mendoakan itu. Nurul gadis yang baik, yang cantik, yang bijak. Dia pasti boleh berjaya dan punya masa depan yang cerah. Tak seperti dirinya. Sentiasa terumbang-ambing dengan arah tuju yang masih amat kabur.
Ya Allah! Penuhilah segala mimpi-mimpi gadis ini dan semoga segala keindahan akan bersinar selamanya untuk dia.
Jauh dalam hati, Fariz menggantung harapan dan doa setinggi langit untuk melihat Nurul bahagia. Dia cuba membayangkan masa depan dan di situ dia seakan-akan dapat lihat bagaimana Nurul meniti kedewasaan dengan dilimpahi seribu cahaya dan walau di manapun dia berada ketika itu, cinta dan kasih-sayangnya akan sentiasa menemani Nurul hingga ke akhir hayat. Fariz genggam gambaran itu lalu menyematkannya ke dalam hati dan gambaran itu tak pernah padam-padam lagi.
Gua kuncikan segalanya, membenam sejuta kisah jauh ke dasar hati lalu pada detik yang satu ini, gua kuburkan bersama jiwa, menimbus semua naluri ke lembah hitam yang tidak akan ada lagi keampunannya. Di sini tidak akan ada jalan untuk pulang. Tidak ada ruang untuk berpatah semula. Yang ada hanya kepahitan, kekecewaan, dan ianya takkan terpadam lagi setelah kesakitan itu ditanam hingga segala-galanya jadi hancur dan berkecai!

bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan