Rabu, 16 April 2008

Satu, Dua, Tiga....

gua saje bukak blog nih untuk longgok penulisan-penulisan gua yang kononnya novel la,kalo ada yang rajin nak membaca kat luar sana..tapi kalo takde yang rajin nak membaca pon gua gasak jugak longgok untuk layan syok sendiri.motonya kan suka hati jadi suka hati gua la..semua karya(kononnya karya)yang gua letak dalam nih adalah hak cipta peribadi gua yang gua tulis gatal-gatal pastuh dah sudah tulis gua simpan buat harta sdn.bhd dengan takde sebarang pekdah..daripada biar jadi pekasam busuk santapan hidung gua sorang,baik jugak gua kongsi kat sini untuk mereka yang nak tumpang cium sama pekasam busuk gua nih.ok..yang sebenarnya,gua tak pernah tahu pon hapekejadahnya benda alah pekasam tuh tapi gua ikut je orang lain cakap.pengaruh rakan sebaya la katakan..pape pon..selamat membaca sekiranya ada yang membaca..mungkin tak menepati selera umum dan tak cukup komersial tapi sesungguhnya gua tak peduli sebab gua menulis hanyalah untuk memenuhi selera peribadi gua..sekian terima kasih..

Tiada ulasan: