Memaparkan catatan dengan label Bebel-Bebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bebel-Bebel. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2008

Mawar Hitam

gua tulis cerita nih tahun 1996 masa gua tingkatan 2..bukan cerita sastera agung extra vaganza tapi cuma cerita biasa-biasa yang gua saje rasa nak tulis..kisahnya dah siap lama sebenarnya dari tahun 1996 tapi bakinya tersimpan dalam otak gua sejak sekian lama sebab gua belom tulis-tulis keluar lagi..nak diikutkan semua cerita dalam nih (3 jer pon) dah siap lama cuma belom dihabiskan tulis..well..daripada membazir jer gua simpan terlonggok bawah katil,gua taip dalam blog untuk kongsi dengan sesaper yang sudi nak baca..jadi gua tambah satu lagi novel baru dalam nih,Mawar Hitam..asalnya dulu gua guna black rose tapi gua tukar kepada mawar hitam sebab,entah..mungkin gua rasa ia lebih cantik dalam bahasa melayu memandangkan gua memang tulis ceritanya dalam bahasa melayu..

Jumaat, 23 Mei 2008

Ntahapehapentah

gua karang satu cite yang panjang masa gua form 3.dari awal sampai sudah,takde tajuk yang datang dalam kepala gua.akhirnya gua bantai je letak 'ntahapehapentah'..macam biasa la,cuma layan kepala sendiri menulis.gua pon tak pasti ada ke tak orang baca blog gua yang ini tapi tak kisah la.hanya untuk kepuasan sendiri..lepas nih gua nak start tambah cite 'ntahapehapentah' pulak kat dalam nih..sama kes ngan cite jalan hitam,hard copy penuh asal yang dah siap dihilangkan dan yang tinggal dengan gua cuma cite sekerat.masa dulu tulis tangan dalam buku,takde lagi taip-taip save dalam komputer.zaman budak-budak masa sekolah dulu.memang gila menulis..start dari darjah 4 konon-konon nak jadi novelis la..tapi syok sendiri je,layan jiwa dan kepala..

Rabu, 16 April 2008

Ini Jalan Hitam

novel jalan hitam nih sebenarnya gua tulis masa gua form 4 dulu..tahun 1998..sebelom nih gua taruk kat blog dariluardunia tapi sekarang gua pindahkan ke sini supaya lokasinya lebih spesifik dan tak bercampur-aduk berserabut sangat kat sana..jelasnya cerita nih semata-mata curahan rasa dan melayan kepala sendiri mengikut jiwa peribadi gua..hasil tulisan asalnya hanya sempat dibaca oleh seseorang sebab lepas siap tulis gua terus bagi kat dia dan kerana faktor keadaan,gua tak sempat ambik balik dari dia sehingga 2 atau 3 tahun yang akhirnya berkesudahan dengan hilang macam tuh jer.nasib baik ada copy dan berlandaskan copy tuh gua tulis balik(dari hard copy ke soft copy)yang sehingga ke hari nih masih tak siap-siap atas faktor yang jujur dan ikhlas iaitu malas..

Satu, Dua, Tiga....

gua saje bukak blog nih untuk longgok penulisan-penulisan gua yang kononnya novel la,kalo ada yang rajin nak membaca kat luar sana..tapi kalo takde yang rajin nak membaca pon gua gasak jugak longgok untuk layan syok sendiri.motonya kan suka hati jadi suka hati gua la..semua karya(kononnya karya)yang gua letak dalam nih adalah hak cipta peribadi gua yang gua tulis gatal-gatal pastuh dah sudah tulis gua simpan buat harta sdn.bhd dengan takde sebarang pekdah..daripada biar jadi pekasam busuk santapan hidung gua sorang,baik jugak gua kongsi kat sini untuk mereka yang nak tumpang cium sama pekasam busuk gua nih.ok..yang sebenarnya,gua tak pernah tahu pon hapekejadahnya benda alah pekasam tuh tapi gua ikut je orang lain cakap.pengaruh rakan sebaya la katakan..pape pon..selamat membaca sekiranya ada yang membaca..mungkin tak menepati selera umum dan tak cukup komersial tapi sesungguhnya gua tak peduli sebab gua menulis hanyalah untuk memenuhi selera peribadi gua..sekian terima kasih..