Jumaat, 23 Mei 2008

Ntahapehapentah (1)

BAB 1

MASA berputar pantas, ligat macam gasing. Matahari tegak atas kepala, tapi semuanya takkan lama di sini kerana di sini semua benda cepat bertukar-ganti. Sekejap saja lagi, hari akan malam dan gua, gua tetap macam ni, setia memerhati gelagat manusia yang berpusu-pusu, berkejar-kejar ke sana ke mari. Entah apa yang mereka cari.


Gadis di depan sana. Dah dua-tiga hari gua perhati dia berdiri di situ, di tempat yang sama pada waktu yang sama. Memerhati orang lalu-lalang, melihat ke kiri-ke kanan dan adakalanya tunduk bungkam, seperti mencari sesuatu. Ah, mungkin dia juga seperti gua, sedang mencari tujuan kami di sini. Mungkin esok lusa, jawapan yang dia temui sama dengan gua. Siapa tahu? Hidup ini susah untuk diramalkan. Malah tak siapa tahu mungkin jawapan itu bakal kami temui bersama walaupun untuk hari ini, dia hanyalah orang asing yang tidak gua kenali.



“Ah! Maaf awak, sorry-sorry. Betul, maaf!” Gadis itu. Dia! Kay melihat matanya, bening dan redup walaupun saat ini gadis itu gelabah setelah merempuhnya tanpa sengaja.


Sorry okay, awak? Saya tak sengaja. Berangan entah ke mana sampai tak sedar jalan langgar orang. Maaf, ya? Maaf, okay?” Berapa banyak maaf da? “Tak apa, beb! Bukannya luka pun.” Kay menenangkan keadaan. Dia bimbang gadis itu akan meminta maaf sampai esok.


Dia gigit bibir, pandang Kay dengan matanya yang bening cantik itu. Kemudian dia berlalu perlahan-lahan. Entah kenapa dia rasa seolah-olah gadis itu nak berkata sesuatu kepadanya. Dari jarak yang semakin jauh, Kay berpaling ke belakang mengekori jejaknya dengan ekor mata. Seperti mendengar seruan, gadis itu juga tiba-tiba berpaling ke belakang dan buat seketika, mata mereka bercantum.

bersambung....

4 ulasan:

Hann Haidar berkata...

kaw retaip?

mak aih.

banyak tuh.

broken_nigina berkata...

untuk simpanan.
:)

Unknown berkata...

aku suka.. rasa mcm best.. bila mau sambung dah??

broken_nigina berkata...

bila rajin.
huhu..