Jumaat, 30 Mei 2008

Ntahapehapentah (2)

“Gelap ya, malam ni? Apa pasal, hah? Dari kecik gua tak pernah tengok malam cerah ada matahari.” Kay menggeleng. Nak kata bangang nanti kecik hati tapi memang bangangpun! Olan macam mengerti maksud gelengan Kay lalu dia ketawa sendiri sambil meniup asap rokok ke udara.

“Gua tahu lu kutuk gua!” Olan gelak lagi tanpa berhenti menghembuskan asap rokok, lagak macam meniup belon buih. “Hei Kay,” Olan pandang Kay,” Kalau lu terel, lu jawab teka-teki gua. Apasal lu dengan gua lepak kat lorong-lorong, bukan hotel lima bintang?” Sekali lagi, Kay hanya mampu menggeleng.

Olan tersengih. Dia tepuk belakang Kay. Dengan senyum kambing, dia menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang diganggu oleh dua orang lelaki. “Gua kasi can kat lu. Bila lagi nak dapat adegan filem secara realiti, beb. Ikut plot hindustan, hero selamat awek, awek jatuh cinta, lepas tu happily ever after.” Kay bingkas bangun, tapi bukan kerana kata-kata Olan. Dia ada sebab lain untuk dan ‘sebab’ itu kini sedang berdiri di depannya.

“Ada masalah ke ni? Kecoh je nampak?” Pertanyaan itu boleh dikatakan sopan tapi nampaknya kesopanan Kay tak dihargai langsung. “Kau blah! Hal ni takde kena-mengena dengan kau. Tak payah nak tunjuk hero kat sini!” Jawapan yang kasar!

“Gua tanya cara baik, jangan la buat kurang hajar. Awek ni pun nampak tak senang diganggu. Tak payahlah bikin kalut.” “Kau jangan nak banyak cakap, barua! Kalau tak nak sakit baik kau cabut cepat sebelum kita orang lanyak kau cukup-cukup!” Dengan tak semena-mena salah-seorang dari lelaki berdua tu lepaskan tumbukan ke muka Kay. Dan itu adalah jalan pintas untuk mereka cari nahas. Kedua-duanya tersungkur ke bumi. Namun Kay belum puas. Manusia kurang ajar macam ni perlu diajar cukup-cukup! Dia masih nak hadiahkan penerajang namun tiba-tiba suara tu menusuk ke hati lalu terus membatalkan niatnya.

“Cukuplah tu, awak. Dah la. Please.” Kay pandang matanya. Walaupun suasana di situ samar-samar namun sepasang mata itu bagai menyerap segala cahaya hingga ia bersinar cerah, bergemerlapan melenyapkan kegelapan yang ada. Dia tersenyum dan membalas pandangan mata Kay, seolah-olah mengucapkan selamat bertemu kembali pada seseorang yang telah dikenali. “Terima kasih sangat-sangat. Saya hutang awak satu. Kalau ada peluang saya akan lunas hutang tu,” dia tersenyum manis dan terus nak berlalu.

Nanti! Nama.... Nama lu siapa? Kay ingin menghalang gadis tu dari pergi tanpa memberitahu nama tapi lidahnya kelu tak mampu berkata apa-apa. Olan yang sekadar memerhatikan adegan di depan matanya itu ketawa sendiri. Dia tersengih. Mungkin ada kisah cinta yang akan tercipta. Awek tu padan benar dengan Kay, seperti dah dijanji-janji, dipasang-pasangkan.

bersambung....

2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

sis,
lu ada publish apa2 novel ke...?
cerita best2 la...
mcm ni la nak menyahut seruan kerajaan, boleh memupuk semangat membaca...
adoi... masak gua..!

broken_nigina berkata...

publish..dalam blog.
huhu..
gua sambut seruan sendiri yang gatal nak menulis je.
:)