Ahad, 20 Julai 2008

Jalan Hitam (36)

‘Nurul yang teratas di hati Fariz....

Nurul, Nurul muncul dalam hidup Fariz macam berikan Fariz nafas baru. Fariz kenal sape diri Fariz dan Fariz faham apa makna hidup setelah Nurul tunjukkan sesuatu yang selama ni tak pernah wujud dalam dunia Fariz. Fariz tak pernah tahu apa tu bahagia, apa tu kasih-sayang yang sebenar sehingga Nurul hadir. Nurul yang selamatkan jiwa Fariz dan kalau bukan kerana Nurul, Fariz sendiri takkan sedar apa yang dah hilang daripada hidup Fariz. Fariz sendiri takkan tahu ruginya hidup Fariz selama ni tak pernah kenal bahagia yang sebenar dan Fariz mungkin akan terus hidup kosong macam tu dengan jiwa yang tak pernah terisi apa-apa.

Nurul kenalkan Fariz dengan segala perasaan yang Fariz sendiri tak pernah tahu semua tu wujud dalam dunia ni. Fariz membesar dengan rasa benci, rasa marah yang meluap-luap tapi lepas Nurul muncul baru Fariz tahu rupanya masih ada benda yang indah pada dunia yang tak pernah tergambar dan terlintas langsung dalam fikiran Fariz selama ni. Nurul buat Fariz rasa bersyukur sangat dapat hidup walaupun dah lama Fariz dihantui rasa dendam dan kecewa dalam hidup Fariz. Fariz sendiri macam tak percaya. Fariz tak sangka bila Fariz kenal Nurul Fariz boleh lupa semua benda yang menyakitkan Fariz selama ni. Rasa macam mimpi tapi sampai mati Fariz takkan lupa segala-galanya.

Fariz tak tahu macammana nak ucapkan terimakasih dan bagitau Nurul betapa berharganya semua tu pada Fariz. Nurul benar-benar buat Fariz tersentuh dan terharu. Masa takde sesiapa sudi terima Fariz, Nurul datang hulurkan tangan pada Fariz. Nurul terima Fariz tanpa fikir buruk pasal Fariz. Nurul ada kat sisi Fariz masa semua orang pandang serong dan hina Fariz. Nurul sanggup teman Fariz dan sayang Fariz seadanya tanpa ungkit segala kekurangan yang ada pada Fariz. Nurul buat Fariz rasa betul-betul disayangi dan dihargai untuk pertama kali dalam hidup Fariz ni, Nurul. Mampu ke Fariz tebus dan balas balik apa yang Nurul bagi pada Fariz? Nurul isikan jiwa Fariz yang kosong. Nurul bagi semangat, bagi makna dan kekuatan untuk Fariz dan kerana Nurullah Fariz mampu berdiri, mampu melangkah dan mampu untuk rasa gembira hidup dalam dunia ni.

Nurul tahu tak? Seluruh hidup Fariz Nurul adalah perkara paling indah yang pernah Fariz ada. Selain dari Nurul, Fariz dah takde apa-apa. Fariz tak pernah lalui kehidupan yang gembira, yang ceria. Malah Fariz langsung tak tahu ada kehidupan yang macam tu untuk manusia. Dari kecik apa yang paling Fariz faham adalah tekanan dan desakan untuk menyambung hidup tanpa betul-betul terfikir apa tujuan sebenar semua tu. Fariz tak tahu dan Fariz tak mengerti langsung. Apa yang Fariz rasa cuma sunyi dan Fariz jadi sakit hati sangat-sangat. Tapi semua tu berubah bila Nurul muncul. Fariz dah tak sunyi. Fariz dah tak sakit hati malah Fariz jadi ceria. Tiap-tiap hari Fariz rasa tak sabar nak mulakan hari baru dengan Nurul sampai Fariz dah tak ingat semua kisah gelap yang ada dalam hidup Fariz.

Dalam hati Fariz, Nurul macam puteri, macam bidadari yang comel sangat, suci sangat. Fariz hias cantik-cantik hati Fariz untuk tempatkan Nurul walaupun Fariz tahu banyak parut hodoh yang calar-balar kat dalam tu. Fariz nak Nurul bertakhta dengan cukup indah sebab Nurul adalah cahaya Fariz, sinar hidup Fariz. Nurul terlalu sempurna kalau nak dibandingkan dengan Fariz. Fariz tak punya apa-apa, takde sape-sape tapi Nurul adalah segala-galanya. Hati Nurul jernih, baik. Jiwa Nurul naif seolah-olah anak kecil yang putih bersih. Macammana Fariz tak sayang pada Nurul, Nurul? Macammana Fariz boleh tak jatuh cinta pada Nurul dan tak cuba lindungi Nurul dengan sepenuh kudrat yang Fariz ada?

Fariz serahkan seluruh nyawa untuk kesempurnaan macam Nurul. Apa yang Fariz buat sampai boleh dipertemukan dengan Nurul? Fariz menyumpah dunia dan memaki manusia tapi Fariz masih dikurniakan gadis yang secomel dan semanja Nurul. Farizlah orang yang paling bertuah dalam dunia ni, Nurul. Fariz dah tak kisah dengan apapun yang tak pernah Fariz miliki dalam hidup selama ni. Fariz leburkan semua dendam, semua kebencian. Fariz takkan salahkan sesiapa lagi sebab Fariz dah jumpa Nurul. Fariz dah tak peduli semua perkara lain yang Fariz tak miliki selama ni. Fariz dah tak kisah, Fariz dah tak hirau! Semuanya dah tak penting pada Fariz sejak Nurul ada sebab Nurul dah jadi segala-galanya untuk Fariz, sampai bila-bila!

Fariz dah tak nak apa-apa lagi lebih dari tu. Apa yang satu-satunya Fariz harapkan dengan sepenuh hati dan perasaan Fariz cuma Nurul. Itu saja. Fariz dah tak kisah macammana hidup Fariz dulu sebab Fariz dah ada Nurul dan sekarang ni Fariz cuma nak Nurul. Tapi Fariz jadi tak faham, Nurul. Fariz tak faham. Kenapa dunia ni kejam sangat pada Fariz? Kenapa dunia hukum Fariz macam ni? Selama ni Fariz tak pernah mintak apa-apa dari mereka malah Fariz dah maafkan mereka sebab buat Fariz macam tu tapi kenapa sekarang mereka nak hukum Fariz lagi? Kenapa mereka mesti rampas satu-satunya harta yang Fariz ada yang paling Fariz sayang dalam dunia ni? Kenapa mereka rampas Nurul? Kenapa mereka buat macam ni kat Fariz, Nurul.......?



FARIZ’

2 ulasan:

Ahmad berkata...

holla.....sama la kite umur 26 gaks

broken_nigina berkata...

muda remaja lagi la ya?
heh.
:)