Selasa, 18 November 2008

Mawar Hitam (1)

I

SENYUMAN manis terukir di bibir Ratna. Airil turut tersenyum, bahagia. Serasa seluruh alam senyum bersama-samanya. Di bawah cahaya bulan, wajah Ratna semakin berseri-seri. Dan Airil semakin dibuai fantasi. Mereka ceria. Lantas, Airil memetik gitar untuk mendendangkan lagu buat Ratna. Lagu Cinta Pertama.


Airil mendongakkan kepalanya setelah membelek-belek majalah di gerai buku itu. Sebaik sahaja pandangannya menebar, dia telah melihat seraut wajah yang amat sugul dan dingin di celah kelompok manusia yang ramai.

Wajah itu memandang sesuatu yang tak pasti. Perlahan-lahan dan lemah, dia melangkah seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Manusia yang berduyun di sekeliling bagaikan tak mendatang sebarang makna. Dia sendiri dan tidak tertarik dengan apa-apapun.

Airil terus mengekori langkah kosong itu dengan ekor matanya. Di luar sedar, dia telahpun bangkit lalu berlari mengejarinya dari belakang.


bersambung....

Tiada ulasan: