BAB 3
DALAM tak sedar rupanya begitu jauh sudah kenangan-kenangan berlalu meninggalkan gua hari ini. Sesungguhnya, sesuatu yang terlalu gua hargai sebenar-benarnya dah tak ada lagi. Semua tu dahpun usang dan berkubur, dan itulah kenyataannya. Cuma satu yang gua tak mengerti, kenapa semangat dan jiwanya seolah-olah tak pernah meninggalkan hidup gua walaupun semua tu dahpun berakhir?
Mungkin, ia sebenarnya belum betul-betul berakhir. Gua tahu gua dah hilang separuh dari kewarasan gua. Gua tahu tapi gua tak mampu nak buat apa-apa kerana sejak bertahun-tahun dahulu, gua sudahpun meninggalkan kehidupan gua di dunia ini. Segala kekuatan, segala perasaan, semuanya dah hilang.
Malam ini sekali lagi gua mengulangi detik-detik yang serupa seperti hari-hari yang lalu. Sampai bilakah gua akan terus macam ni? Malam ni tak ada bulan, tak ada bintang dan bilik yang kelam semakin menekan jiwa tapi tak ada siapa yang mengerti. Siapa yang mengerti pantai itu tak ada lagi pengunjungnya.
Dah begitu lama gua jadi bisu untuk bersuara tentang kebenaran. Dah terlalu lama bayang-bayang itu mengurung dan menyelubungi batin gua. Rasa yang menikam hati gua ni tak mungkin dapat dileraikan lagi. Gua memang ingin membersihkan debu-debu yang mencemari hidup gua tapi keinginan tu adakalanya terasa seolah-olah seperti mimpi kosong yang mustahil akan terlaksana. Akal gua dah tak berfungsi seperti manusia-manusia lain. Fikiran gua dah terlalu jauh karam dan gua dah terlalu jauh terpisah dari kehidupan yang sebenar. Gua terkurung di dalam kegelapan ini.
Oh Tuhan!
Wajah Nurul yang tenang Fariz renung sedalam-dalamnya. Terasa ada seribu kekuatan dan semangat meresap ke dalam fikiran. Fariz bahagia! Rasa kasih dan sayangnya menggunung tinggi. Dia mencintai gadis itu. Sungguh! Fariz teramat mencintai dan mengasihinya setulus hati.
Ya Allah! Hanya Tuhan yang tahu rasa cinta yang membuak-buak di hatinya. Hanya Tuhan yang tahu betapa tulus dan sucinya harapan yang lahir untuk gadis itu. Hanya Tuhan yang tahu segala-galanya. Nurullah penyeri. Nurullah penghibur yang memberikan cahaya menyinari dunia Fariz yang sepi. Demi Tuhan, dia menyayangi gadis itu dengan seluhur-luhur perasaannya.

bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan