Jumaat, 25 April 2008

Jalan Hitam (22)

(...........,)
Sebenarnya dah lama aku ingin berbicara dengan kau. Aku rasa seolah-olah aku cuba berkata sesuatu tapi ada benda yang menghalang aku daripada buat macam tu. Sesuatu yang menghalang, memaksa aku untuk terus berdiam.

Maafkan aku. Ah! Aku rasa aku tak boleh tak memulakan semula surat aku ni. Aku bukan lagi insan yang dulu tu. Sebenarnya, keadaan dah berubah. Aku rasa, aku dah semakin dewasa.

(...........,)
Banyak perkara yang dah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Aku dah jadi makin tenang, makin matang. Aku belajar banyak benda daripada hidup. Memang ia dah tak sama. Dah lain. Dah berbeza. Walaupun aku masih lagi menulis di sini tapi segala-galanya dah bawak pengertian yang berbeza daripada dulu.

Aku rasa setelah segala-galanya memang benar masa itu akan merubah manusia, lambat-launnya.... Ada benda yang akan hilang dan tak mungkin dapat dicari semula namun aku betul-betul tenang. Dah tak ada apa yang perlu aku kejar-kejar. Aku rasa damai di sini dalam dunia yang paling aku kenal walaupun di mata orang lain ia mungkin tak sempurna.

Dalam keadaan sekarang, aku tahu kau juga sedang melalui apa yang aku lalui ni. Aku dapat rasakannya. Jika telahan aku ni betul, tentu kau akan terfikirkan aku sekarang. Aku pernah menulis macam ni dulu untuk kau dan seperti sekarang juga, kau rasa tertanya-tanya ingin tahu siapa sebenarnya pemilik surat ni. Andai aku berpeluang membiar kau baca lagi, rasanya semua tanda-tanya kau dahpun terjawab. Memang surat ini untuk kau, dari aku.

(...........,)
Adakalanya aku rasa kaulah kewujudan yang aku cari selama ni. Kalau benar perasaan aku, mesti kau akan faham. Namun, aku berpijak di bumi yang nyata. Ada jurang yang memisahkan di antara keperluan perasaan dengan fantasi yang dicipta untuk melindungi diri dari kekurangan dunia. Walaupun kau begitu indah dalam firasat aku, tapi aku terpaksa meletakkan kau pada tempat yang seharusnya....

AKU!


‘Masa akan mendewasakan semua orang. Hakikatnya, gua adalah siapa diri gua hari ini. Ada sesetengah benda yang gua dah tak rasa tapi ada sesetengahnya akan kekal dalam keadaan asal sampai bila-bila. Justeru, bertitik-tolak dari sini, gua rasa gua perlu memulakan kembali segala-galanya dengan apa yang gua ada hari ni. Namun, gua tetap takkan lupa ada sesetengah benda dalam hidup ni yang takkan berubah sampai bila-bila. Pastinya apabila yang pertama sudah ditemui maka takkan ada lagi yang kedua.’

bersambung....

Tiada ulasan: