Tubuh gua semakin dingin dan beku bila gua rasakan gua semakin hampir ke garis akhir dalam hidup gua. Gua hitung waktu yang masih tinggal tapi sayangnya, semua tu dah tak bermakna.
Saat ini gua cuba mentafsir hidup gua, hidup yang gua harungi sejak dulu. Gua berpaling ke belakang melihat masa silam yang jauh. Tiba-tiba ada rasa sayu menusuk hati gua. Gua terasa sunyi bagai ditinggal sendiri. Jauh tertinggal sendiri.
Tak tahu kenapa air mata gua tiba-tiba mengalir. Semuanya tepat macam apa yang pernah gua jangkakan. Sampai saat-saat akhirpun gua tetap juga keseorangan macam dulu. Ah, perasaan ini. Perasaan seperti ini datang lagi. Gua tak tahu apa yang patut gua lakukan.
Suasana di sekeliling gua gelap dan kelam waktu ini. Dan gua, gua sendirian dengan bertemankan kegelapan ni duduk termanggu melayan perasaan. Gua renung sejauh-jauhnya yang tak bertepi. Renung sesuatu yang gua sendiri kabur. Gua rasa asing sekali!
Semua peristiwa-peristiwa silam yang pernah berlaku dalam hidup gua datang di fikiran seolah-olah gua sedang mengulangi semula masa silam gua yang suram dan kelam. Gua peluk tubuh gua yang kesejukan ni. Ya, gua tahu masanya akan tiba juga dan mungkin tak lama lagi segala yang gua ramalkan akan terbukti.
Ah! Kenapa malam ni rasa terlalu panjang? Macam berada dalam sempadan antara masa. Semalam di dunia seakan bertahun-tahun waktu di sini. Gua diam melihat pergerakan masa. Kenapa perlahan sangat seolah-olah kaku hingga gua boleh rasa bagaimana sikit demi sedikit hati gua dihiris dengan begitu lambat dan lama.
Mungkin, keadaan yang menyeksakan macam ni takkan berakhir untuk selama-lamanya. Sampai bila-bilapun, gua akan terus sakit kerana segala-galanya macam satu janji yang tertulis pada mereka yang melalui hidup di jalan hitam ini. Suratannya, ia dah menjadi takdir jalan hitam dan natijah bagi gua kerana gua adalah sebahagian daripada isinya. Gua tak dapat lari dari segala luka yang tersaji untuk gua kerana ia akan sentiasa menghantui dan membayangi langkah gua hingga ke akhirnya.
Selama-lama gua termanggu, baru sesaat rupanya waktu berlalu. Dari sesaat menjangkau ke sesaat, hati gua macam dikelar-kelar, disiat-siat. Gua terus menunggu, dan menunggu waktu itu. Ia akan tiba. Gua tahu ia dah semakin tiba.
Mata gua terpejam. Terdengar jeritan lemah insan yang tak berdaya itu. Terkulai satu jiwa yang tak berdosa. Terpercik darah merah ke tubuh gua. Ah! Gua dapat rasa kehangatannya. Kepekatannya. Panas mengalir di riba ini. Pemergian yang takkan ada lagi kepulangannya. Dan rindu ini, luka ini, sepi ini, macammana gua nak rawat semuanya?
Mata gua terpejam. Mungkin, bila sekali gua pejamkannya, ia takkan terbuka lagi untuk selama-lamanya.
‘Kau hilang hanya dalam sekelip mata..tapi aku harus menderita untuk selamanya..’

....bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan