‘Sepanjang laluan ini..pantas aku berlari..cuba mengejarimu..agar dapat ku gapai..sebelum kau lesap..dibawa senja yang tiba. Satu persatu saat menghilang..sepanjang hari ini..tidak terasa bagiku..semata-mata kerana rindu semalam..
Tika itu..kau terbit bersama fajar..menarik indera alam..terheretlah aku bersama..biar rebah dalam berlari..akan aku teruskan..nantilah aku di sana..pasti di sana..hidupku siang di sepanjang hidup ini..tapi mungkin jua, ia akan malam selamanya..’
“Fariz, tengok tu Fariz. Matahari dah nak terbenam. Cantiknya!” Senyuman ceria Nurul begitu manis dan manja. Dia rasa gembira dengan hanya melihat kegembiraannya.
“Macam emas kan, Fariz, kan? Nurul rasa macam nak pergi sana. Pergi jauh, duduk kat langit. Seronok, kan? Boleh duduk sana sampai bila-bila.” Boleh duduk sana sampai bila-bila?
“Nurul nak pergi sana? Nak duduk sana sampai bila-bila? Nurul nak tinggal Fariz sorang-sorang ke? Ajaklah Fariz temankan Nurul. Tak nak ke Fariz ikut sekali?” Saat itu Nurul mencebik, dan kemudian ketawa manja. Dia tersenyum, tenang dan mendamaikan.
“Nurul tunggu Fariz kat sanalah. Tapi sekarang, Nurul nak pergi dulu. Nanti Nurul sambut Fariz kat sana. Biar Nurul pergi dulu, lepas tu Fariz ikutlah kemudian, ya?”
Nurul senyum. Senyuman di saat itu. Saat itu dan saat ini. Gua cuba membandingkan semalam dengan hari ini. Semalam penuh dengan harapan dan janji tapi hari ni gua dah hampir menjadi orang lain. Dia dah pergi, pergi ke dunia impiannya tu. Yang tinggal saat ni cuma gua, hilang dalam diri sendiri!
Saat ini gua masih juga ada kat sini. Masih lagi kat sini, karam dalam sejuta persoalan yang masih tak berjawab. Bila lagikah gua akan ke sana macam yang dia janjikan itu?
‘Biar Nurul pergi dulu, lepas tu Fariz ikutlah kemudian....’

bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan