Suara leteran itu terngiang-ngiang di telinga gua. Ah, rindu hati ni untuk dileteri sebegitu lagi! Gua terdengar-dengar suaranya di sekeliling gua. Gua nampak wajah dia saban masa. Dalam pandangan, dalam fikiran, dalam diri gua! Dia ada dalam mimpi, ada dalam jaga. Oh Tuhan, dia ada di mana-mana! Gua rindu suaranya. Gua rindu melihat matanya yang membulat tiapkali dia memarahi gua. Rindu sebuah pemergian yang takkan ada lagi kepulangannya.
Nurul dah tak ada. Farizpun dah mati bersama gadis pujaannya. Kisah itu kisah lama. Kisah sejarah yang dah luput dari ingatan semua. Apa yang pernah berlaku dah hilang dimakan waktu. Tak ada sesiapa lagi ingat pada Fariz yang meratapi pemergian Nurul saat itu. Nurul yang teraniaya itupun orang dah lupa. Bila hari berlalu, kisah itupun pudar dan akhirnya hilang ditiup angin. Hilang selama-lamanya.
Cuma, yang masih tinggal hanyalah kesepian ni. Kegelapan yang seolah-olah tak ada penghujungnya buat seorang insan yang menangisi rindu. Pemergian itu takkan ada lagi kepulangannya. Sampai waktu dia pergi untuk selama-lamanya dan pudar bersama masa yang berlalu. Tapi, manusia yang akan merindui saat-saat manis itu masih ada lagi dan entah sampai bila manusia tu akan terus merindu dan merindu pada sesuatu yang takkan kembali.
Gua tunduk menggenggam realiti di tangan ni. Walaupun tangan gua tak luka tapi gua tahu ada darah yang mengalir dari celah-celah jari gua yang tercengkam. Gua terus membisu dan membisu seperti hari-hari lalu. Gua membisu seakan-akan segala suara dan kata-kata turut mati dan berkubur bersama sejarah itu.
Dalam kebisuan yang mendalam ini, gua karam sendirian ditenggelamkan oleh kebenaran. Sesungguhnya, gua rasa benar-benar pedih dan perit. Gua lemas dalam kenyataan. Gua seolah-olah hanyut tanpa punca bersama kedinginan yang panjang hingga jadi beku dan kaku. Gua dah tak mampu nak berkata apa pada sesiapapun lagi dalam dunia ni.
Hakikatnya, siapa yang mampu menghentikan kepedihan gua? Sakit ini memang tak berpenawar. Walaupun gua korbankan segala-galanya untuk merawat luka ni, ia tetap tak dapat berhenti dari menghukum batin gua. Kecewa yang gua rasakan ini, walau mati sekalipun tak mampu nak menebusnya semula. Hingga ke saat ni, perit dalam hati gua masih lagi menjalar, menusuk dan meracuni segenap jiwa-raga gua. Ia tetap terus berdarah, tetap terus menghantui gua dengan kepahitan yang tak ada kesudahannya.
Apa yang pasti, dunia telah diatur segala ketentuannya. Sampai masa, matahari pasti terbenam di sana. Gua tak mungkin mampu untuk halang percaturan kehidupan ini. Tangan gua tak sampai nak halang mimpi ngeri dari jadi kenyataan. Segala yang selama ni wujud tinggal jadi bayang-bayang. Gua telan hakikat betapa realiti itu cukup kuat untuk menukarkan apa yang nyata menjadi samar dan kelabu.
Kerana terlalu kuatnya realiti, gua cuma terduduk lemah di sini tanpa ada apa-apa yang mampu gua lakukan lagi. Gua tak mampu menolak ketentuan. Gua cuma termanggu di sini, kaku di tepi hari-hari yang semakin berarak pergi. Gua cuma terdiam lemah, bisu menyaksikan harapan gua berkecai lalu pupus dihakis masa.
Untuk gua di sini, segala-galanya sama saja macam dulu. Dalam hati gua tak ada apa yang pernah berlalu. Suara sayu masih ada lagi memanggil nama gua tanpa henti. Gua terpenjara dalam bisikan, renungan yang masih berlegar-legar di sekeliling gua. Gua masih dapat lihat dia di sini. Airmatanya masih lagi mengalir.
Sekali, dan sekali lagi hati gua hancur kembali. Setiapkali bayangan sejarah tu menjelma, setiapkali itulah jiwa gua akan berkecai semula. Segala-galanya terus berputar berulang-ulang hinggakan luka gua tak pernah sempat jadi parut. Dia menjelma saban detik, saban waktu. Masakan gua boleh berhenti dari terluka lagi dan lagi. Masakan gua boleh menutup cerita dan membuka lembaran baru.
Dan buat ke sekian kalinya, dia datang lagi pada gua saat ini dengan renungan yang pilu. Hati gua terhiris dan sendu melihat wajah yang lesu pucat itu. Darah ada di mana-mana. Darah mengalir membawa derita yang tak terbela. Gua sakit, Ya Allah! Gua sengsara melihat wajah yang tak bermaya menanggung segala derita itu.
Oh Tuhan! Gua pejamkan mata lemah. Gua biarkan kesakitannya meresap ke dalam jiwa. Segala sepi, rindu, luka dan harapan yang berkecai membenam menjadi satu. Darah terus membuak-buak. Argh, sakitnya!! Sakitnya Ya Tuhan.
Detik yang kian berakhir ini sekali lagi merakam kekalahan gua. Gua benar-benar lesu dalam sebuah kehampaan yang tak ada penghujungnya. Walau apa sekalipun gua tetap juga hampa dan kecewa dengan segala yang berlaku ketika itu!
Oh Tuhan, kenapa saat ini gua masih lagi merindui kisah lama yang dah lapuk tu? Rindu malah makin rindu!

bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan