Jumaat, 16 Mei 2008

Jalan Hitam (27)

Saat ini Fariz menangis semahu-mahunya. Saat ini Fariz meraung menurut jiwa. Dia terus menangis memanggil nama Nurul. Airmata melimpah-limpah menyimbah bumi. Tubuhnya menggeletar. Saat ini Fariz terus meratap dan meratap sehiba-hibanya....


‘Nurul,
Fariz sentiasa ingat pesan Nurul supaya Fariz hargai diri Fariz sendiri dan jalani hidup dengan sebaik-baiknya. Fariz memang nak hidup macam yang Nurul harapkan tapi Fariz tak punya banyak peluang dan pilihan.

Fariz ingin hidup tenang dan tenteram tapi masa akhirnya menentukan betapa Fariz kecundang dan kehancuran dalam dunia ni. Keinginan yang suci tu wujud tapi ia sentiasa terus malap dan pudar. Fariz tak dapat elak dari merasakan yang ianya akan mati juga akhirnya. Fariz memang seperti dah ditakdirkan untuk musnah, Nurul. Bukan Fariz minta tapi itulah yang nampak ketara.

Fariz memang impikan cahaya tapi cahaya yang Fariz harapkan seolah-olah tak wujud untuk Fariz. Hari-hari yang Fariz lalui nampaknya tak cerah macam yang Fariz bayangkan lama dulu. Fariz semakin jauh terpisah sendirian. Fariz benar-benar jauh. Jauh yang Fariz sendiri tak faham macammana nak tafsir. Fariz sangka Fariz dapat capai sesuatu untuk baiki hidup yang pernah terumbang-ambing tapi Fariz silap. Semua yang Fariz kejar, Fariz buru akhirnya musnah dan tak kesampaian. Fariz cuba mengubah nasib tapi Fariz gagal, malah makin teruk melarat dan sengsara.

Nurul, bila Fariz kenangkan sejarah, hari ni kita sepatutnya dah hidup bersama, dah bersatu Kita sepatutnya dah bahagia, gembira di sisi masing-masing. Nurul dan Fariz. Nurul sepatutnya ada di sisi Fariz sekarang ni dan kita patut dah sama-sama genggam impian kita. Impian suci yang sama-sama kita tanam dulu. Kita sepatutnya dah miliki semua tu hari ni, Nurul. Fariz tahu Fariz tak boleh menolak takdir tapi Fariz terlalu terkilan, Nurul. Terkilan yang teramat-sangat. Sepatutnya saat ini Nurul ada kat sini di sisi Fariz temani Fariz harungi hidup tapi sebaliknya, Fariz terjerumus jauh dalam kegelapan sendirian.

Fariz sedar Fariz tak dapat tepis ketentuan yang dijanjikan Tuhan. Fariz memang cuba untuk isikan kekosongan tapi Fariz tak tahu kenapa setiap langkah yang Fariz ambik lebih banyak mengusutkan keadaan daripada memulihkannya. Mungkin memang ini suratan Fariz. Fariz tak dapat elak dari gagal dan hancur. Andai Fariz tak mampu nak penuhi harapan Nurul supaya jadi manusia yang berjaya, Fariz mohon ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dengan kenyataan yang macam ni, Fariz mungkin tak punya masa depan yang cerah malah mungkin tak punya masa depan langsung. Fariz tak mampu selamatkan diri sendiri lagi.

FARIZ’

bersambung....

Tiada ulasan: