Dia ditempatkan di rumah anak-anak yatim yang baru. Di situ bermulalah semula sekali lagi episod hidupnya sebagai penghuni di rumah kebajikan. Dia tak pasti samaada dia marah atau gembira dengan apa yang berlaku itu. Sejak tiba di tempat baru dia masih belum membuka mulutnya untuk berbicara dengan sesiapa.
“Hoi budak! Siapa nama kau, hah?!” Fariz mendongakkan kepalanya. Kelihatan tiga orang budak lelaki yang lebih tua dan lebih besar daripadanya sedang tersenyum sinis namun keadaan itu masih belum cukup untuk memaksa Fariz bersuara. Dia benar-benar tak rasa nak bercakap dengan sesiapa.
“Kau bisu ke pekak? Tak dengar ke kita orang tanya siapa nama kau? Tak reti-reti nak bagi tahu?” Fariz tak berniat untuk tunjuk sombong tapi ketika ini dia benar-benar tak mampu nak mengeluarkan suara. Lidahnya kelu dan dia benar-benar tak nak bersuara hingga kalau diacukan pistol sekalipun dia tetap akan berdiam.
“Hoi, cakaplah! Takkan tak faham-faham lagi soalan! Baik kau jawab kalau tak nak cari pasal! Kau jangan nak buat hal!” Fariz buat hal? Dia tak pernah kacau orang dan saat ini dia cuma mahu bersendirian tanpa diganggu sesiapa.
“Kita orang tanya nama kau boleh kau buat tak tahu macam tu je! Baru datang dah pandai nak berlagak, ya? Kau ni memang nak kena ajar!” Tak semena-mena kepala Fariz telah disepak dengan kasar. Dia benar-benar geram dan sakit hati tapi tak mampu untuk melawan kerana mereka jauh lebih besar dan kuat daripada dirinya. Dia hanya mampu menahan jiwa yang terbakar apabila diketawakan dan diperbodoh-bodohkan. Apa yang lebih menyakitkan hati dan Fariz dendamkan, tak ada sesiapapun di situ yang ambil-peduli dan cuba membantu di saat mulutnya ditampar keras sehingga berdarah.
“Hoi budak pungut! Budak pungut tak tahu diuntung. Kau buat apa termenung sorang-sorang kat sini?” Fariz tersentak dan cuba mengelakkan diri tapi tak sempat. “Kau nak lari mana? Apa yang kau pegang tu? Bagi sini kita orang nak tengok.” Fariz peluk kemas beg di tangannya, enggan menyerahkannya kepada mereka.
“Tak serik-serik lagi? Aku cakap bagi, bagilah! Hari tu dah kena. Nak kena lagi ke?!” Mereka merebut beg itu dari tangan Fariz dan berjaya merampasnya dengan kasar. Fariz cuba mendapatkan balik begnya tapi mereka langsung tak endah sebaliknya memperolok-olokkan dirinya dengan saling melemparkan beg itu sesama mereka.
“Kau nak balik beg buruk kau ni? Kalau kau berani kau cubalah! Cubalah ambik balik!” Gelak ketawa terus bergema menusuk telinga. Mereka terus mencabar dan mencabar dirinya. Fariz semakin terdesak dan geram hingga dah tak mampu lagi membendung perasaan lalu terus menerkam mereka tanpa memikirkan apa-apa lagi selain mesti mendapatkan balik apa yang menjadi miliknya!

bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan