Ahad, 10 Januari 2010

Jalan Hitam (44)

“Nurul?” Nurul tersengih. Walaupun hari malam tapi cahaya bulan cukup untuk Fariz tatap wajah gadis itu. “Apa Nurul buat kat luar lewat-lewat macam ni? Bahaya tau tak? Macammana Nurul datang sini?” Nurul jungkit bahu. Dia cuma gigit bibirnya sambil peluk tubuh.

“Nurul sendiripun tak tau nape Nurul berani keluar malam-malam buta macam ni. Nurul tak pernah buat macam ni tau. Nurul curi-curi keluar. Nurul kayuh basikal. Tu!” Dia menuding jari pada basikal yang disandarkan di tepi pokok. Fariz terus pandang seperti tak percaya. “Hmm. Fariz lak? Nape Fariz boleh ada kat sini?” Fariz nak marah Nurul buat apa yang dirasakannya bahaya tapi dia tak mampu marah. Dia tersenyum. “Farizpun tak tau jugak!”

Nurul berpaling dan mendongak ke langit. “Cantik!” “Hmm,” Fariz mengangguk. “Nurul tengok dari dalam bilik bulan tengah mengambang. Tak tau rasa kuat sangat nak datang kat sini. Rasa cam Fariz tengah tunggu Nurul.”

Fariz renung gadis itu dengan rasa terpegun. “Nurul rasa nak datang sangat kat sini malam ni. Nurulpun tak paham. Kuat sangat rasa nak datang.” Fariz cuma renung lagi gadis itu dengan perasaan yang amat sukar untuk dijelaskan. Kadang-kadang, segala tindakan yang diambil oleh gadis itu membuat Fariz rasa sangat terpaku.

Nurul kelip-kelip mata dengan wajah yang sangat-sangat lurus dan keanakan. Fariz renung wajah dia macam tu lagi. Dia terus kelip-kelipkan mata bagai penuh dengan tanda-tanya. Fariz tersenyum. Dia cukup suka melihat riak wajah Nurul yang kebudak-budakan bagai tak mengerti apa-apa itu. Ia membuat gadis itu nampak sangat comel dan asli.

“Nurul cantik!” Fariz sengih. “Fariz nakal. Ejek Nurul,” dia tersipu, malu tapi suka dipuji begitu. “Bulan tu yang cantik tau!” Nurul tuding jari ke langit. Menunjuk ke arah bulan yang sedang mengambang indah. Fariz angguk. “Tapi Nurul lagi cantik!” Nurul tersengih, menyeringai kerana dipuji tapi menutup kesukaannya itu dengan menjelirkan lidah pada Fariz. Dan Fariz cuma ketawa lagi. Dia rasa gembira sangat!

Bunyi ombak menderu kuat. Angin berhembus, membawa kedinginan tapi sangat menyamankan. Fariz rasa begitu damai dan tenteram. Dia duduk memaut lutut merenung laut yang tenang dan di situ ada Nurul, setia di sisi menjadikan malam di pantai itu, malam yang paling sempurna dan bahagia di dalam hidupnya.

bersambung....

Tiada ulasan: