Ahad, 7 Februari 2010

Jalan Hitam (46)

“Nurul....” Fariz berpaling menyedari Nurul tiada di sebelahnya. Gadis itu tercegat di depan cermin kedai memandang sesuatu dengan penuh minat. Fariz berpatah balik menghampiri Nurul semula.

“Nurul kenapa?” Nurul mengeluh lemah, lalu berpaling dan tersenyum kecil pada Fariz. “Takde apa-apalah. Jomlah.” Nurul melangkah ke depan. Dia cuba sembunyikan perasaannya tapi Fariz tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu. Fariz perhati rantai berloketkan bintang yang dipamer di dalam cermin kedai itu. Fariz rasa cukup tersentuh.


Kalau boleh dia nak berikan segala yang Nurul mahu. Dia nak belikan apa saja yang Nurul inginkan. Tapi Fariz pandang diri sendiri dan dia sedar, dia memang tak mampu nak berikan segala-galanya pada Nurul, terutamanya sesuatu yang begitu mahal seperti apa yang menarik minat Nurul siang tadi.

Dia tahu Nurul gemarkan bintang. Dia tahu Nurul suka sangat rantai yang dipamerkan itu. Nurul tentu gembira sangat kalau dia dapat miliki rantai itu. Sedih hati Fariz bila melihat Nurul sedih. Walaupun Nurul tak cakap apa-apa, tapi dia tahu Nurul nak beli rantai tu. Saat ini Fariz benci sangat pada dirinya sendiri yang tak dapat nak penuhi kehendak Nurul. Kalaulah dia ada banyak duit dan mampu beli apa saja! Ah, kesian Nurul. Maafkan Fariz, Nurul. Fariz memang tak guna. Fariz tak mampu berikan apa yang Nurul nak!


Sudah beberapa minit Fariz tercegat di luar kedai itu memerhatikan rantai yang dia tahu sangat menarik hati Nurul. Macammana dia nak dapatkan duit untuk membelinya? Dia dapat bayangkan wajah gembira Nurul apabila dia menghadiahkannya pada Nurul nanti. Tapi masalahnya, macammana dia nak beli untuk Nurul sedangkan dia langsung tak ada duit yang sebanyak tu?

Fariz mengeluh lemah. Betapa dia harap dia adalah anak orang kaya ketika ini. Punya kemampuan yang secukupnya untuk dapatkan segala-galanya bagi Nurul. Apa jua yang dia ada akan diserahkan pada Nurul. Dia akan abdikan setiap kekayaan, harta dan apa saja miliknya untuk gembirakan Nurul. Dia mahu Nurul hidup macam seorang puteri, setiap kehendaknya ditunaikan, segala kemahuannya jadi nyata.

Otak Fariz ligat berputar. Dia mahu hadiahkan Nurul rantai itu, walaupun itu bermakna dia perlu gadaikan nyawanya sendiri. Dia rela buat apa saja, asalkan ia membahagiakan Nurul. Demi Nurul, dia sanggup bersusah-payah, sanggup lakukan segala-galanya dan sanggup mati demi gadis genit yang sangat disayanginya itu.
 
bersambung....
 

Tiada ulasan: