Isnin, 7 Julai 2008

Jalan Hitam (32)

‘Kenapa tipu? Kenapa permainkan aku? Kenapa buat aku macam ni?’ Dan semua itu hanyalah persoalan, hanya pertanyaan yang mampu berlegar-legar di udara. Ia hanya akan terus berputar, dan berputar tanpa sebarang jawapan.


Di taman permainan itulah dia menunggu. Di taman permainan itulah dia mengulum senyum, duduk menunggu dengan penuh setia sambil membayangkan macam-macam benda. Macammana rumah baru? Macammana tempat baru? Betapa melonjaknya perasaan memikirkan kehidupan baru yang mereka sebutkan itu.

Tapi kenapa, mereka masih tak muncul-muncul juga? Tadi mereka kata sekejap, tapi sekarang dah lama. Kenapa tak datang-datang semula untuk ambik Fariz kat sini? Ada apa-apa yang dah berlaku ke?

Dari pagi berlarutan ke tengahari. Tengahari berganti petang. Fariz bimbang. Fariz resah. Mereka masih tak kembali. Hari melangkah malam dan saat itu Fariz pun sudah mengerti segala-galanya.

Mereka memang takkan kembali! Mereka dah tinggalkan dirinya. Fariz peluk beg yang mereka berikan lalu menangis sendirian. Sampai hati. Sampai hati mereka bertindak kejam macam ni pada dirinya yang tak tahu apa.



Di mana dia sekarang ni? Tempat ni jauh. Dia tak tahu macammana nak balik ke rumah yang lama. Mereka memang sengaja tak mahu dia cari jalan balik. Hati Fariz meruntun di dalam. Sampainya hati buat dia macam ni. Walaupun Fariz bukan darah-daging sendiri tapi Fariz dah tak kenal orang lain selain mereka. Dia tak ada sesiapa. Mana dia nak pergi bila dibuang dan ditinggalkan jauh macam ni?

Fariz peluk erat begnya. Airmata dah tak tertahan. Mereka memperdayakannya saja bila mereka cakap mereka akan datang semula untuk mengambilnya. Mereka hanya mahu dia percaya. Tunggu kat situ. Dan Fariz telah menunggu. Tapi mereka tak akan datang balik. Itu cuma helah untuk melepaskan diri daripada Fariz. Fariz tahu. Mereka tak pernah kembali mencari dirinya semula sehingga berhari-hari, sehingga berminggu-minggu, sehingga dia dipungut dan ditempatkan di rumah kebajikan, sehingga bertahun-tahun lamanya!


bersambung....

Tiada ulasan: